Mahir : Webinar NADI Nurture – eKelas Usahawan
22 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 Februari 2025, pihak NADI dibawah program Smart Service telah menganjurkan satu lagi kelas keusahawanan iaitu Webinar NADI Nurture – eKelas Usahawan. Kelas yang dianjurkan ini menggunakan Microsoft Team dan Youtube Live sebagai medium bagi menjalankan program ini. Program ini telah dihadiri lebih dari 400 orang peserta yang terdiri dari komuniti daripada pelbagai cawangan NADI seluruh Malaysia. Puan Suraya Ali merupakan presenter bagi program ini. Puan Suraya merupakan salah seorang usahawan yang turut aktif dalam berkongsi pengalaman kepada public.
Program ini bertujuan untuk memperkasa usahawan Malaysia melalui pemasaran digital. Antara modul yang kongsi dalam webinar ini adalah strategi pemasaran digital, penulisan iklan, fotografi digital serta merancang dan mengukur impak. Para peserta turut diajar cara menggunakan aplikasi Chat GPT & Canva untuk membantu menjalankan perniagaan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: